Labels

Friday, September 21, 2012

Tips: Kenali jenis lensa, 50mm

SELEPAS memiliki sebuah kamera DSLR, cabaran untuk menghasilkan gambar-gambar yang berkualiti dan menonjol amat bergantung kepada penggunaan lensa mengikut jenis-jenisnya.

Lensa berfungsi menentukan sudut dan ruang 'pandangan'. Pendek kata jenis yang berlainan memberi kesan yang berbeza. Oleh itu, pemilihan lensa amat penting untuk disesuaikan dengan genre fotografi yang digemari.

Secara umum, sistem lensa untuk kegunaan DSLR boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu normal, telefoto dan sudut luas. Lensa-lensa lain untuk kegunaan khas termasuk lensa macro dan fisheye.

Sebagai permulaan, lensa pilihan kali ini dimulakan dengan lensa sudut normal iaitu 50mm.

Dinamakan EF 50mm f/1.8, lensa asas atau utama (L) keluaran Canon ini menghasilkan jarak fokus pada sudut pandangan yang menyamai apa dilihat pada mata manusia.
Canon EF 50mm f/1.8 II

NIKKOR 50 1.4G

Dijual pada harga kira-kira RM350 seunit, lensa ini menjadi salah satu daripada lensa kegemaran dan wajib dimiliki oleh setiap jurufoto kerana kualiti imej yang dihasilkan.

Selain kepantasan memfokus yang sesuai untuk fotografi jalanan, bukaan aperture yang besar (f1.8) juga menghasilkan kesan kabur yang digilai untuk rakaman potret dan rakaman subjek jarak dekat.

Sebagai 'pelaburan' jangka masa panjang atau bagi yang sanggup berbelanja lebih, lensa jarak sama dengan bukaan lebih besar iaitu Canon EF 50mm f/1.4 menjanjikan hasil yang lebih profesional pada harga kira-kira RM1,400.

Sambungan artikel mengenai jenis-jenis lensa seterusnya akan membincangkan lensa sudut luas yang sesuai untuk rakaman fotografi landskap.

Source: Megabait@Utusan

1 comment:

  1. makasih infonya, sangat bermanfaat bagi saya.. salam kenal
    thank you :)

    ReplyDelete