Labels

Wednesday, October 3, 2012

News: Samsung NX Series, terbaik dalam kelasnya

Kepelbagaian aksesori tambahan yang ditawarkan oleh Samsung juga menjadikan kamera keluarannya amat digemari.
DILANCARKAN di Beijing, China pada April lalu, Samsung kini memperkenalkan Siri NX bersama tiga lagi kamera sistem kompak (CSC) yang memiliki aplikasi sambungan Wifi.

Siri NX yang terdiri daripada model NX20, NX210 dan NX 1000 telah berada di pasaran negara.

Ketiga-tiga kamera pintar tersebut bakal merubah daya kreativiti serta gambar yang dirakam oleh jurugambar amatur tampak profesional.

Malah, penggunanya juga boleh berkongsi, menyimpan dan memuat naik ke Internet terus daripada kamera mereka.

Tambahan tiga lagi siri NX tersebut merupakan evolusi kamera pintar yang ditawarkan oleh Samsung.

Menurut Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon, Samsung merupakan perintis kepada penggunaan kamera kompak pintar.

"Hal ini menunjukkan Samsung memahami kehendak pengguna secara mendalam dan amat berpengalaman dalam inovasi imej digital.

"Bersama teknologi sambungan Wi-fi binaan dalam, peminat fotografi di negara ini kini boleh berkongsi gambar dan video secara terus daripada kamera siri NX mereka tanpa menjejaskan kualiti imej," katanya.

Ketiga-tiga kamera siri NX tersebut dilengkapi bersama penderia APS-C CMOS, 20.3 megapiksel yang dibangunkan khas oleh Samsung bagi menghasilkan kualiti imej yang terbaik.

Antara aplikasi khas lain adalah sistem i-Function yang membolehkan pengguna mengawal parameter menggunakan lensa kamera sedia ada.

Malah, siri NX in juga boleh menggunakan sembilan barisan lensa yang dihasilkan oleh Samsung dan aksesori bertaraf profesional.

Manakala sistem eko kamera NX juga memastikan segala jenis gaya pengimejan dapat dilaksanakan.

Terutamanya NX1000 yang mana reka bentuknya yang amat menarik dan mudah digunakan menjadikan ia merupakan antara kamera kompak pintar yang terbaik dalam sirinya.

NX1000 tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam klasik dan juga pink dan pada masa yang sama ia turut dilengkapi bersama teknologi Smart Auto 2.0 dan Smart Link Hot Key menjadikan proses merakam imej lebih mudah dan ringkas.

Seterusnya, NX210 yang juga merupakan pilihan tepat bagi mereka yang sering bergerak aktif dan mahukan sesuatu yang mudah untuk dibawa.

Mempertaruhkan skrin AMOLED seluas 3.0 inci untuk memaparkan imej dan video HD penuh, NX210 memiliki ruang paparan yang beresolusi tinggi.

Bersama aplikasi Samsung Mobile Link, pemiliknya boleh memaparkan rakaman imej dengan pantas pada telefon pintar dan tablet.

Malah ia juga boleh disambungkan kepada televisyen yang memiliki aplikasi Internet menerusi wayarles.

Terakhir, NX20 yang juga merupakan pilihan tepat begi mereka yang sangat gemar merantau tetapi tidak mahu membawa kamera yang besar ketika mengembara namun tetap mahukan imej yang berkualiti tinggi setanding kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR).

NX20 mempertaruhkan kelajuan 'shutter' sehingga 1/8000 rangka sesaat memastikan imej yang dirakam jelas dan tajam (sharp).

Imej yang dirakam juga boleh di sunting tanpa perlu melalui komputer melalui 10 jenis Smart Filters dan fungsi Selective Colour tambahan.

Siri NX ini kini boleh di dapati di mana-mana cawangan Samsung dengan kadar harga NX20, RM3,499, NX210, RM2,899 dan NX1000 RM2,499.

Source: Megabait@Utusan