Labels

Sunday, January 6, 2013

Tips: Silhouette Teknik fotografi sepanjang zaman

SILHOUETTE (fotografi bayang) adalah teknik yang begitu popular dalam menghidupkan persembahan seni fotografi yang menakjubkan. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi, boleh menggunakan teknik ini terutama ketika berada di pantai atau tempat yang terang tetapi tiada satu pun situasi menarik untuk dirakamkan. Anda boleh berkarya dengan teknik ini bagi menghasilkan karya seni yang unik.

Pendedahan cahaya dan bacaan meter pada kamera memainkan peranan penting untuk anda merakamkan objek menjadi sebuah bayang yang tajam di samping menimbulkan latar belakang yang menarik.

Apabila mengambil bacaan, anda perlu mendapatkan bacaan dedahan cahaya pada latar belakang supaya subjek menjadi under exposure (gelap). Jika anda mengambil bacaan dedahan cahaya pada subjek makan subjek menjadi normal dan latar belakang menjadi lebih terang.

Selalunya seseorang jurufoto akan menggunakan teknik bacaan dedahan cahaya secara manual supaya ianya lebih tepat tanpa gangguan daripada cahaya pada subjek.

Bagaimanapun jangan lupa untuk fokus kepada subjek supaya bentuk bayang yang akan dihasilkan kelihatan begitu jelas. Ini amat penting dalam menghasilkan karya silhouette kerana bentuk bayang yang baik harus menunjukkan subjek secara terperinci, segar dan tajam.

Selain mendapatkan bacaan dedahan yang tepat dan fokus pada subjek dengan baik, anda juga perlu menggunakan bukatup (apature) pada lensa pada bacaan yang kecil (contoh: f 11 atau f:22) supaya bentuk bayang begitu tajam.

Selain itu jangan tindihkan satu subjek dengan subjek yang lain kecuali jika tidak dapat dielakkan. Ini kerana setiap subjek mempunyai bentuk bayangan yang tersendiri dan jika ia digabung dikhuatiri boleh menjejaskan keistimewaanya.



Sumber: Megabait@Utusan

2 comments:

  1. subhanallah..suka gambar pokok dan perahu tu. terima kasih dengan tips yg diberi.

    ReplyDelete
  2. cantik...salam ziarah setelah sekian lama tak singgah...hihi

    ReplyDelete