Labels

Monday, January 14, 2013

Tips: Fotografi Kembara

SELAIN melancong ke luar negara, aktiviti rekreasi seperti perkhemahan, jelajah gua dan pacuan empat roda menawarkan pelbagai peluang untuk menghasilkan gambar yang menarik.

Bagi mereka yang meminati fotografi kembara, peluang mengikuti aktiviti yang dilakukan jauh dari kesibukan kota itu semestinya sesuatu yang berbaloi.

Selain dikelilingi keindahan alam semulajadi, tabiat dan gelagat manusia yang dapat dilihat sepanjang aktiviti itu juga mempunyai keunikan tersendiri. Sesuatu yang jarang dirakam seperti itu pastinya memberi lebih impak pada gambar.

Misalnya di tapak perkhemahan, kemeriahan mengelilingi unggun api atau memasang khemah boleh dijadikan subjek yang cukup bermakna untuk disimpan.

Selain itu, peluang fotografi jenis ini biasanya tidak terhad kerana ia membuka peluang kepada pelbagai genre dan teknik.
Antara genre lain yang turut digemari jurufoto yang cenderung kepada fotografi kembara ini adalah fotografi malam, macro dan astrofotografi.

Megabait@Utusan

No comments:

Post a Comment