Labels

Friday, November 2, 2012

Tips: Format Suntingan Gambar [Full Frame vs Crop Frame]

Gambar yang dihasilkan dengan format kamera Full Frame.
SEBELUM era kamera digital, semua kamera SLR menggunakan format filem 35mm yang menghasilkan gambar mengikut saiz lensa yang dibekalkan kepada kamera tersebut.

Bagaimanapun selepas beralih kepada teknologi digital terkini, kamera DSLR terdapat dua format utama iaitu kamera Crop Frame (bingkai timbul) dan Full Frame (bingkai penuh).

Filem yang biasa digunakan telah diganti dengan sensor perakam imej yang saiznya lebih kecil daripada saiz sebenar filem 35mm kerana itulah sensor tersebut hanya dapat merakamkan kawasan yang kecil maka foto yang dihasilkan meliputi sudut pandangan sempit.

Sebab itulah kamera yang menggunakan format Crop Frame dikeluarkan dengan lensanya tersendiri bagi menimbulkan impak sama dengan lensa yang dikeluarkan untuk kegunaan kamera Full Frame.

Harga dan kualiti gambar juga berbeza antara kamera Crop Frame dan Full Frame disebabkan saiz sensor yang berlainan di dalam kamera tersebut.
Gambar yang dihasilkan dengan format kamera Crop Frame.

Bagi menghasilkan kesamaan dengan pandangan format filem sebenar maka kamera DSLR Full Frame menjadi keutamaan kepada jurufoto profesional bagi mendapatkan mutu serta kualiti gambar yang dibantu dengan mega piksel yang tinggi.

Sebagai contoh, lensa 50mm yang digunakan pada kamera Crop Frame dengan nisbah 1.5x akan bertambah menjadi 75mm, secara tidak langsung sudut pandang dan gambar yang terhasil menjadi semakin sempit.

Di bawah ini disertakan contoh perbezaan lensa yang digunakan apabila digunakan pada kamera Crop Frame.

Anda boleh tahu berapa banyak nisbah gandaan yang terdapat pada sesebuah kamera Crop Frame apabila membelinya.

Semoga dengan adanya sedikit maklumat mengenai perbezaan ini dapat memberikan pemahaman dan idea kepada anda dan boleh membantu anda membeli peralatan yang sesuai dengan keperluan kamera.

Source: Megabait@Utusan

No comments:

Post a Comment