Labels

Monday, February 4, 2013

Tips: Gambar cantik tidak semestinya datang DSLR yang mahal

Siapa cakap kamera mahal macam DSLR tu 'wajib' jadikan gambar yang diambil indah-indah belaka? Siapa cakap kamera murah seperti kamera kompak harga dua tiga ratus jadikan gambar-gambar kurang menarik?

Cliche' betul korang ni...

Kawan saya yang juga seorang jurugambar selalu mengatakan orang yang berada dibelakang kamera itu memainkan faktor yang penting untuk menjadikan sesebuah gambar itu indah dan menarik untuk dipandang.

Yup, sama bersetuju, dan ingin saya tambah satu lagi, kemahiran menyunting menggunakan beberapa perisian juga memainkan peranan yang amat penting. Tak kisah lah anda menggunakan photoshop, lightroom atau kedua-duanya atau selain dari itu, kemahiran menggunakan warna, kontras dan pelbagai lagi aspek pencahayaan akan membantu gambar anda menjadi amat bermakna walaupun hanya menggunakan kamera 'cikai'.

Contohnya gambar dibawah ini, (saya tidak katakan gambar ini menarik, cuma lebih enak dipandang setelah menggunakan pelbagai kaedah suntigan), saya hanya gunakan kamera dari tablet samsung sahaja, sedikit 'touch up', sudah mampu menaikkan mood memandang...
Gambar tanpa suntingan
Gambar setelah disunting


Jangan lupa untuk kreditkan gambar anda ya!

4 comments:

  1. fuh... cantik... ada gaya seorang pro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah bila nak jadi pro kan? Hahahaha...thanks for coming

      Delete
  2. betul.. berkreativiti dengan gambar.
    yg penting siapa dibelakang sesebuah kamera tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...ramai anak-anak muda sekarang sudah memegang DSLR berharga ribuan ringgit tapi masih kecewa dengan hasilnya..

      Delete