Labels

Thursday, January 31, 2013

Tips : Fotografi Malam

FOTOGRAFI malam atau night photography mempunyai keunikan tersendiri dalam penghasilan sesebuah rakaman imej.

Rakaman dihasilkan di persekitaran luar sama ada dengan bantuan cahaya buatan (artificial light) ataupun cahaya semulajadi (available light).

Landskap persekitaran malam sebuah kota metropolitan diterangi cahaya bangunan memberi peluang kepada seorang jurufoto merealisasikannya. Ia cukup mudah berbanding menghasilkan paint light.

Seorang jurufoto hanya memerlukan teknik dedahan jangka masa panjang dengan pemilihan iso, lensa dan tripod yang sesuai antara peranan penting dalam merakam imej fotografi malam.


Megabait@Utusan

Monday, January 14, 2013

Tips: Fotografi Kembara

SELAIN melancong ke luar negara, aktiviti rekreasi seperti perkhemahan, jelajah gua dan pacuan empat roda menawarkan pelbagai peluang untuk menghasilkan gambar yang menarik.

Bagi mereka yang meminati fotografi kembara, peluang mengikuti aktiviti yang dilakukan jauh dari kesibukan kota itu semestinya sesuatu yang berbaloi.

Selain dikelilingi keindahan alam semulajadi, tabiat dan gelagat manusia yang dapat dilihat sepanjang aktiviti itu juga mempunyai keunikan tersendiri. Sesuatu yang jarang dirakam seperti itu pastinya memberi lebih impak pada gambar.

Misalnya di tapak perkhemahan, kemeriahan mengelilingi unggun api atau memasang khemah boleh dijadikan subjek yang cukup bermakna untuk disimpan.

Selain itu, peluang fotografi jenis ini biasanya tidak terhad kerana ia membuka peluang kepada pelbagai genre dan teknik.
Antara genre lain yang turut digemari jurufoto yang cenderung kepada fotografi kembara ini adalah fotografi malam, macro dan astrofotografi.

Megabait@Utusan

Sunday, January 6, 2013

Tips: Silhouette Teknik fotografi sepanjang zaman

SILHOUETTE (fotografi bayang) adalah teknik yang begitu popular dalam menghidupkan persembahan seni fotografi yang menakjubkan. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi, boleh menggunakan teknik ini terutama ketika berada di pantai atau tempat yang terang tetapi tiada satu pun situasi menarik untuk dirakamkan. Anda boleh berkarya dengan teknik ini bagi menghasilkan karya seni yang unik.

Pendedahan cahaya dan bacaan meter pada kamera memainkan peranan penting untuk anda merakamkan objek menjadi sebuah bayang yang tajam di samping menimbulkan latar belakang yang menarik.

Apabila mengambil bacaan, anda perlu mendapatkan bacaan dedahan cahaya pada latar belakang supaya subjek menjadi under exposure (gelap). Jika anda mengambil bacaan dedahan cahaya pada subjek makan subjek menjadi normal dan latar belakang menjadi lebih terang.

Selalunya seseorang jurufoto akan menggunakan teknik bacaan dedahan cahaya secara manual supaya ianya lebih tepat tanpa gangguan daripada cahaya pada subjek.

Bagaimanapun jangan lupa untuk fokus kepada subjek supaya bentuk bayang yang akan dihasilkan kelihatan begitu jelas. Ini amat penting dalam menghasilkan karya silhouette kerana bentuk bayang yang baik harus menunjukkan subjek secara terperinci, segar dan tajam.

Selain mendapatkan bacaan dedahan yang tepat dan fokus pada subjek dengan baik, anda juga perlu menggunakan bukatup (apature) pada lensa pada bacaan yang kecil (contoh: f 11 atau f:22) supaya bentuk bayang begitu tajam.

Selain itu jangan tindihkan satu subjek dengan subjek yang lain kecuali jika tidak dapat dielakkan. Ini kerana setiap subjek mempunyai bentuk bayangan yang tersendiri dan jika ia digabung dikhuatiri boleh menjejaskan keistimewaanya.



Sumber: Megabait@Utusan